Hotel Permai beri kebebasan, tidak larang staf wanita bertudung
Terengganu Times TV Terengganu Times TV
3.81K subscribers
1,268 views
0

 Published On Nov 24, 2017

Hotel Permai, di sini tidak sesekali melarang staf wanita yang beragama Islam untuk memakai tudung ketika bekerja.

Pengurus Besarnya, Noralizan Abd Rahman berkata, pihaknya memberi kebebasan kepada setiap pekerja selagi ia tidak melanggar polisi hotel dengan berpakaian sopan dan kemas.

Noralizan berkata, pemakaian tudung bukanlah satu isu dan menjejaskan operasi kerana kebanyakan pelanggan hotel memahami adat resam dan budaya negara ini termasuk cara pemakaian.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mempertahankan tindakan pengusaha hotel melarang staf bertudung sebagai melanggar hak asasi wanita beragama Islam di negara ini.

show more

Share/Embed