TERKINI DARI KETUA POLIS NEGARA! BLOOMBERG DAN PENGARANG DISIASAT!!
ORAITNOPO Channel ORAITNOPO Channel
175K subscribers
5,900 views
0

 Published On May 4, 2024

Bahang PRK Kuala Kubu Bharu dihangatkan dengan isu latar belakang pendidikan calon yang bertanding yang kemudian membawa Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon kerajaan perpaduan menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.

Ternyata Pang Sock Tao yang mewakili kerajaan perpaduan bukan saja berani menyahut cabaran tersebut malah membuktikan dia pelajar cemerlang melalui Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun isu tersebut cuba diselewengkan oleh Ahmad Fadhli dengan menyatakan bahawa perbuatan Pang secara tidak langsung mendedahkan calon tersebut mendapat pendidikan di sekolah vernakular.

Kenyataan yang dikeluarkan itu seolah-oleh mempersoalkan kedudukan sekolah vernakular yang telah diperakui keabsahannya oleh Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Dis 2021 memutuskan bahawa penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah terbabit adalah sah serta berperlembagaan.

https://www.malaysiakini.com/news/704...
https://www.freemalaysiatoday.com/cat...

show more

Share/Embed