Pakcik dah berjiwa muda? Spesifikasi tinggi, pemanduan jitu, nilai tinggi. Betul ke Toyota Corolla?
FAST - TV FAST - TV
94.2K subscribers
39,149 views
0

 Published On Feb 8, 2020

Corolla kali ini dilengkapkan dengan kotak gear CVT dengan 7 kelajuan maya beserta mod sukan dan enjin 1.8-liter empat silinder 16 injap yang menjana hampir 140 kuasa kuda, cukup untuk memberi nisbah kuasa kepada berat sekitar 100 kuasa kuda untuk setiap tan.
Saya rasa saying Toyota dah beri Corolla spesifikasi tinggi tetapi plastic yang digunakan d konsol tengah kelihatan tak berapa eksklusif. Sedih
Tapi yang pentignnya Toyota serius tentang menghasilkan pemanduan yang jitu, dan kali ini mereka melengkapkan corolla dengan sistem gantungan belakang lengan A atau wishbone berkembar dan topang macpherson di depan.
Hasilnya kereta ini berasa yakin di laluan bukit dan berliku dan ini membolehkan kita menikmati paddle shifter dan mod manual kotak gear, tambah pula enjinnya bersemangat dan tak kasar bila dilenjan.
Kalau nak tengok video sessi pandu ujimedia dengan Corolla Altis dimana syaa menceritakan dengan lebih mendalam pemanduan kereta ini boleh klik pada pautan di atas.
Sebebnarnya kabin Corolla kali ini adalah selesa untuk kegunaan harian ettapi ia juga agak sporty, liuhat rekabentuk kerusi depan yang agak agresif dengan side bolster yang agak besar tetapi tempat duduk yang agak leper, dimana saja kita melihata ada bukti kompromi antara jiwa muda dan juga realiti pasaran sedan segmen c yang menjadi tumpuan mereka yang pertengahan umur.
Untuk itu saya berikan rekabentuk kabin Corolla skor 7.5 manakala praktikaliti pula ialah juga 7.5 kerana terdapat pelbagai kemudahan termasuh sistem kawalan iklim dua zon.
Dari segi nilai wang, saya kira Altis ini juga layak menerika 7,5 kerana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan namun perbezaan harga dengan pesaing tak begitu jauh.
Untuk pemanduan pula ianya sudah berjaya mendekati pesain lain yang dikira sporty seperti Honda Civic dan Mazda 3, sudah tentu skor 7.5 adalah sesuai.
Tambah pula bila kita nilai sistem canggh yang ada seperti seistem kawalan luncur adaptif atau adaptive cruise control, brek kecemasan automatic, sistem kawalan Lorong, sistem pengawasan keluar Lorong, lampu automatic, high beam automatic, wiper automatic, malah sistem pemantauan tekanan angin tayar. Semuanya ada, dan tak dapat disaingi oleh model lain dalam segmen ini
Dah semuanya 7,5, skor keseluruhan mestialh juga 7.5. tak sangka Corolla Altis kali ini berasa muda bergaya dan boleh bersaing dengan model lain dalam kelas ini.
Tahniah Toyota kerana berjaya melakukan transformasi keatas Corolla.

show more

Share/Embed