Polis Terengganu siap sedia hadapi musim banjir
Terengganu Times TV Terengganu Times TV
3.81K subscribers
113 views
0

 Published On Nov 16, 2017

Minggu lalu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah memaklumkan Monsun Timur Laut dijangka melanda negara ini bermula Isnin lepas dan akan berlarutan hingga Mac tahun depan.

Sepanjang musim itu, empat hingga lima episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada bulan ini dan bulan depan, manakala bulan depan, hujan lebat lebih tertumpu di barat Sarawak serta utara dan timur Sabah.

Semalam menerusi sidang media Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail telah memaklumkan bahawa pihaknya kini telah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan musim banjir yang akan berlaku pada waktu terdekat.

Menurut beliau, untuk musim tengkujuh kali ini kekuatan 1,063 orang pegawai dan anggota iaitu 40 peratus daripada kekuatan kontinjen negeri yang akan terlibat dalam operasi pasukan penyelamat, petugas di bilik gerakan dan pusat pemindahan banjir dan beberapa tugas lain.

Pasukan penyelamat telah mengadakan 5 siri latihan merangkumi pengendalian bot dan proses menyelamat mangsa banjir yang dijalankan secara teori dan praktikal di sungai-sungai seluruh daerah Terengganu.

'Sebanyak 47 bot, 42 enjin bot dan 27 buah treler pengangkut bot yang sedia digunakan termasuk bantuan PGA Batalion 9 dan Polis Marin’.

show more

Share/Embed