(Ep.65) Jom Belajar Redah Banjir (Jaya Gading 6 Feb 2023) - Reloaded
KODOKekotouring KODOKekotouring
643 subscribers
6,294 views
0

 Published On Feb 6, 2023

Episod kali ini saya upload semula kerana dirasakan ada kekurangan dalam penyampaian semalam kerana pada masa itu saya khuatir bekalan elektrik dan hubungan telekomunikasi akan diputuskan jika banjir semakin memburuk. Alhamdulillah, sehingga video ini dimuatnaikkan bekalan elektrik dan hubungan telekomunikasi masih tidak terjejas. Ini membolehkan saya edit dan upload semula agar penyampaian saya lebih mudah difahami.

Tambahan (dah edit pun ada lagi yang tertinggal 😅)

***Peringatan 4. Jangan 'langgar' air. Pandu seperti biasa ketika mula meredah/harung air untuk elak kerosakan yang tiidak sepatutnya berlaku kepada sistem radiator dan sebagainya di hadapan kenderaan

***Peringatan 5. Jangan cuba potong ombak haluan (bow wave) kenderaan. Sebaiknya ikut sahaja ombak tersebut kerana ombak tersebut akan membentuk halangan di hadapan kenderaan yang menolak air dari kenderaan

***Banjir kali ini kebun saya confirm tenggelam paras paha ke atas. Memandangkan jalan ke kebun adalah sempit yang akan menyukarkan pergerakan kenderaan pacuan 4 roda saya untuk berpatah balik, saya mengambil keputusan untuk membuat video cara² selamat redah banjir. Segala penerangan berkenaan pemanduan meredah banjir adalah panduan asas. Bagi jentera yang lebih berkuasa dari Kia Sportage Gen 1 (±120hp, 180Nm), anda bebas menggunakan cara pemanduan anda mengikut kemampuan jentera anda 😆.

Music: Folk Bed
Musician: Jason Shaw
URL: https://audionautix.com
License: https://creativecommons.org/licenses/...

show more

Share/Embed