Jangan merendahkan calon lawan - Abdul Hadi
Terengganu Times TV Terengganu Times TV
3.81K subscribers
785 views
0

 Published On Apr 28, 2018

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kecewa dengan segelintir penyokong parti itu yang memperlekeh kelulusan akademik calon parti lawan.

Beliau berkata, kelulusan akademik bukanlah syarat utama dilantik sebagai calon atau pemimpin tetapi khidmat yang diberikan kepada masyarakat.

"Saya minta kepada semua penyokong PAS supaya tidak merendah-rendahkan mana-mana calon dari parti lawan.

"Mungkin dari segi akademiknya tidak seberapa, tetapi mereka sanggup memberi khidmat kepada masyarakat. Itu yang paling utama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang pencalonan di Pejabat Daerah Dan Tanah Marang, pagi tadi.

show more

Share/Embed