Terengganu FC, gabungan pemain terbaik Terengganu FA dan T-Team
Terengganu Times TV Terengganu Times TV
3.81K subscribers
2,301 views
0

 Published On Nov 21, 2017

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membuat satu penjenamaan semula ke atas lima pasukan di bawah kelolaannya bagi menghadapi Liga Malaysia 2018.

Presidennya, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dua pasukan utama akan dikenali dengan nama baharu iaitu Terengganu FA akan digelar Terengganu FC I manakala T-Team ditukar menjadi Terengganu FC II.

Menurutnya, barisan pemain dalam Skuad Penyu iaitu Terengganu FC adalah gabungan pemain-pemain terbaik pasukan sediaada Terengganu FA dan T-TEAM juga dari pasukan Terengganu yang lain.

Tambahnya, Terengganu FC I akan dijadikan sebagai pasukan utama yang akan beraksi dalam saingan Liga Super dan bakal diperkuatkan pemain terbaik dan berkualiti dalam Skuad Penyu.

Katanya, selain TFC I dan TFC II, penstrukturan semula itu turut melibatkan kesemua pasukan pembangunan bola sepak Negeri Terengganu termasuk skuad Piala Presiden (TFC III), Piala Belia (TFC IV) dan Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) B-17 (TFC V).

show more

Share/Embed