Salah Faham Tentang Tarekat (Wajib Atau Tidak) - Ustaz Auni Mohamad
AhliSolawat LoveRasulullah AhliSolawat LoveRasulullah
33.4K subscribers
2,073 views
0

 Published On Apr 16, 2024

Tarekat adalah ilmu yang tersembunyi. Kerana ia penuh dengan sirr iaitu rahsia-rahsia perbendaharaan langit dan bumi yang tersimpan rapi. Yang dimiliki hanya oleh ahlinya. Yang menerima didikan dari mursyid mereka yang ditarbiyah secara terus menerus. Sehingga seseorang murid yang bertarekat dengan bersungguh-sungguh akan menjadi seperti gurunya.

Guru yang kamil mukammil sangat susah untuk dicari. Tidak semudah melihat dengan yang zahir semata. Guru kamil mukammil mempunyai ciri-ciri melihat dengan mata hati, menguasai ilmu batin dan zahir, tidak terputus syariatnya walaupun menguasai mukasyafah, terus menerus mendidik nafsu dirinya walaupun telah mencapai taraf kamil mukammil.

Kerana itulah Imam Abu Hassan As Syadzili dalam perjalanan mencari gurunya. Menemui gurunya yang berkhalwat dan bersuluk di dalam gua iaitu Syeikh Abdul Salam Al Masyisyh. Sehingga Imam Syadzili menyebut tidak lah sempurna perjalanannya sehingga mencapai 'ana anta, wa anta ana' iaitu tahap di mana dirinya menjadi gurunya, dan gurunya menjadi dirinya.

Di akhirnya zaman ini, tarekat mula ditonjolkan dan ditunjukkan. Murid berlumba untuk menunjukkan kehebatan gurunya dan alirannya. Gurunya menjadi bahan pameran dan ketakjuban kepada perkara khariqul adat. Tarekat menjadi bahan perdebatan yang panjang. Sehingga fitnah melingkari para guru. Kerana sifat kerahsiaan itu sudah mulai hilang. Guru mula dikelilingi oleh orang yang mencari "maa siwallah" iaitu perkara selain Allah. Beramal dengan ada udang disebalik batu.

Guru itu ibarat permata yang tersembunyi dalam batuan yang mengalami proses tekanan yang tinggi. Namun rama yang menjadikan ia kaca seperti mana ia ada digedung gedung berkumpulkan manusia.
.

Salam. Terima kasih join Komuniti LoveSelawat ini. Teruskan support video-video kami.
.
Join this channel to get access to perks:
   / @ahlisolawat  
.

show more

Share/Embed