DOA PEMBATAL SIHIR [3X] | MEMBATALKAN DIRI KITA DARIPADA TERKENA GANGGUAN MAKHLUK HALUS
TBQ media TBQ media
37.7K subscribers
405,411 views
0

 Published On Jul 20, 2020

Terima kasih kerana telah berkunjung ke channel kami "tbqmedia". Moga segala apa yang kami kongsikan dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jangan lupa untuk subsribe channel kami, untuk dapatkan lebih lagi video-video yang bermanfaat.

Hadis Tentang Ayat Pembatal Sihir
Dari Laits (putra Abi Sulaim) berkata: "Telah sampai kepadaku berita bahawa ayat-ayat ini, (Yunus ayat 81-82 & Toha ayat 69) adalah ubat bagi pengaruh sihir".

Cara-cara untuk mendengar DOA PEMBATAL SIHIR:
1. Pastikan ada yang menemani pesakit (untuk sedarkan pesakit apabila pesakit sudah mula tunjukkan reaksi)
2. pastikan bebas dari barangan kaca atau tajam.
3. Tutupkan mata dan hayati bacaan tersebut (tetapi jangan ikut, hanya hayati sahaja)
4. Sediakan tong sampah, tisu jika pesakit muntah.
5. jika pesakit menangis biarakan sahaja sehingga ayat ruqyah habis.
6. jika pesakit mengamuk sampai tak terkawal, si peneman sila sedarkan pesakit.
7. kejutkan pesakit jika ayat ruqyah sudah habis di dengar.
8. lakukan dengan kerap jika anda ingin membuat rawatan ruqyah dirumah.

JIKA ANDA ADA MENUNJUKKAN REAKSI SEPERTI INGIN MENGAMUK, MENANGIS, RESAH DAN SEBAGAINYA KETIKA MENDENGAR AYAT RUQYAH INI SERTAMEMPUNYAI ADA LEBIH DARIPADA 7 TANDA GANGGUAN DI BAWAH, SEBAIKNYA JUMPA PERAWAT ISLAM UNTUK BANTU ANDA MERAWAT DIRI ANDA.

ANTARA TANDA-TANDA GANGGUAN IALAH:
A. TANDA-TANDA PADA ANGGOTA BADAN
1. Suka marah-marah dengan kadar emosi yang tidak terkawal.
2.Merasa lesu dan malas untuk beribadah.
3. Sulit khusyuk dalam mengerjakan solat, (susah mengingat rakaat yang sudah dikerjakan).
4. Suka menghayal, melamun, menyendiri dan mengurung diri secara berlebihan.
5. Sering pening dan merasa sakit pada kedua mata, telinga, hidung, bahu dan belikat, gigi, tekak tanpa sebab yang jelas.
7. Selalu berpaling dari zikir mengingat Allah dan memandang remeh kegiatan ibadah solat dan amal kebaikan lainnya.
8. Fikiran selalu runsing, merasa sedih, jantung berdebar-debar dan selalu lesu.
9. Sering mendengar bisikan memanggil namanya atau menyuruh sesuatu kejahatan seperti mencekik anak sendiri bahkan menyuruh bunuh diri, cederakan diri dsb.
10. Merasa ada yang mengikuti, mengejar dan mengancam akan membunuh.
11. Merasa ada yang mengajak bicara, mendengar bisikan untuk melakukan sesuatu, membunuh, memperkosa, memukul, meloncat dari tempat yang tinggi dan sebagainya.
12. Sering mencium bau –bauan wangi, bau anyir atau busuk yang tidak terlihat sumber baunya.
13. Melihat penampakan mahluk halus atau merasakan keberadaan mahluk halus.
14. Rasa sakit disalah satu anggota badan namun setelah diperiksa doktor tidak ditemukan punca sakit.

B. TANDA-TANDA WAKTU TIDUR
1. Susah tidur, Selalu cemas dan sering terbangun diwaktu malam, kecuali setelah berupaya dengan susah payah.
2. Susah bangun dan banyak tidur sehingga tidak dapat melakukan ibadah yang diinginkan.
3. Mimpi buruk melihat sesuatu yang mengancam dan menakutkan , ingin berteriak minta tolong namun tidak upaya.
4. Mimpi melihat berbagai binatang seperti ular, ulat, anjing, kala-jengking, buaya, serigala, harimau dan binatang buas yang lain serta menakutkan.
5. Tertawa, menangis, berteriak, berbual atau merintih pada saat tidur.
6. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang tinggi dan semua yang berkaitan dengan tempat tinggi.
7. Mimpi berada dalam tempat perkuburan, tempat sampah atau kawasan yang seram dan mengerikan.
8. Mimpi melihat orang yang aneh seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali atau hitam sekali.
9. Mendengkur dengan keras (seperti harimau, dsb), mimpi-mimpi yang seram dan mengerikan.
10. Mimpi bertemu dengan orang yang sama (laki/perempuan) berkali-kali dan ingin bertemu dengan orang yang dimimpikan itu.
11. Mimpi seakan-akan dihempap benda yang berat dan berat untuk melepaskan diri dari hempatan tersebut.
12. Mimpi berulang kali melihat atau bertemu keluarga yang sudah meninggal, melihat mayat, mimpi mati, mimpi berbicara dengan orang yang mati dan semua mimpi yang berhubungan dengan kematian.
13. Mimpi melihat suatu peristiwa dan keesokan harinya mengalami peristiwa persis seperti yang dialami dalam mimpi tersebut.
14. Kerap mimpi betsetubuh dan bila sedar terasa sakit pada alat sulit.

C. TANDA-TANDA RUMAH atau TEMPAT PERNIAGAAN BERMASALAH
1. Kedengaran bunyi guli jatuh atas siling.
2. Bunyi kerusi atau tarikkan almari selalu.
3. Nasi & makanan cepat basi dan rosak.
4. Kelihatan kelibat-kelibat imbasan selalu.
5. Keadaan rumah yang muram, gelap serta panas selalu tanpa sebab.
6. Lebam pada anggota tubuh-badan di peha, lengang dan dada tanpa sebab.
7. Banyak bertengkar dan kebencian dalam rumahtangga tanpa sebab.
8. Duit selalu hilang tanpa punca.

Pusat Rawatan Islam Terapi bil Quran:
Buka setiap hari
10.00 pagi - 7:00 malam
28A Jalan Padi Emas 6/1
Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Tel: 017 7591252

show more

Share/Embed